Ticker

6/recent/ticker-posts

Pastikan Ibu Ayah kita di kampung dapatkan info terkini tentang Covid-19, Lindungi Mereka.

 Assalamulaikum..

Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan dan ianya amat membimbangkan. Kalau kita dapat dilihat bahawa covid-19 dapat disebarkan dengan cepat terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. 80% daripada jangkitan baru covid ketika ini adalah sporadik. Tidak dapati dikenalpastikan sumber dan tak berkait dengan mana-mana kluster aktif.

Itu sangat membahaya.

Lagi-lagi kepada kanak-kanak dan juga kepada warga emas.

Fokus acik adalah kepada warga emas lebih tepat lagi kepada ibu bapa kita.

Mana ibu bapa yang berpendidikan tinggi itu tidaklah menjadi masalah tetapi ibu bapa kita yang di kampung-kampung dan di felda-felda. Mereka ini harus dijadikan tumpuan utama kita.

Mereka hanyalah dapatkan sumber apa yang dibaca di surat khabar, ditonton tv mahupun di radio sahaja. 

Jadi tugas kita untuk ambil peduli tentang mereka.

Jelaskan kepada mereka kenapa belum boleh sembahyang di surau dan Masjid,Kenapa tidak boleh bersalaman dan sebagainya. 

Macam acik sendiri sempat berbual dengan mak.

Mak ingat tau kena self lockdown..
Muka bingung ditunjukkan.

Maksudnya mak ,kena kurangkan keluar ke rumah.
Pertama : beli barang-barang basah seperti ikan, ayam dan sayur buat stock untuk seminggu.
kedua : jangan ke rumah jiran untuk "membawang"
Ketiga : no salam-salam atau terima sesiapa nak datang rumah.
Keempat : no pergi tempat-tempat sesak atau kawasan ramai orang.
ramai orang yang berumur ini mereka tak berapa faham, tugas anak-anaklah jelaskan. Bagitahulah mereka, macam petang tadi pergi gunting rambut, bapaknya nak gunting rambut dia hantar terus tinggal entah kemana.Terpingga2 orang tua tu , mana dia paham nak scan suhu dan tulis nama bagai.Tanya nombor telefon pun dia tak ingat.
jadi anaklah bantu.

walaupun mak ayah jauh tak dapat jumpa selalu ambil peduli tentang mereka.Ada maklumat ceritalah dengan mereka.

Lagi satu tentang vaksin, ramai antara mereka yang tak tahu vaksin ini kena daftar.




Dan kita sebagai anak boleh daftarkan vaksin untuk ibu bapa kita.

Caranya mudah tambah tanggungan di atas nama kita. Caranya di bawah.

Pertama: Pergi ke My Sejahtera pastikan dah update lepas itu klik Covid 19 Vaccination.


Kedua : Klik add vaccine dependent atau tambah tanggungan.


Ketiga : Klik di bahagian bawah untuk tambah tangungan, macam acik dah ada sebab itu nama acik pantau untuk mak.


keempat: Masukkan detail, pastikan tepat dan lengkap dan simpan.




Kerana apa ?


sebab anak-anaklah kena tahu bila akan di vaksin , kena hantarkan juga.

Bekalkan ilmu kepada mak ayah kita.

Ingat kalau keluar, kena scan suhu, kena tulis nama dan nombor telefon.

Dan dokter pesan pulang dari mana-mana jangan langsung jumpa mak ayah, cuci tangan dulu, mandi dan bersih-bersih dahulu.

Ingatkan mereka kalau keluar dari mana-mana jangan langsung pegang bahagian muka dan hidung itu bahaya. Bersihkan tangan dahulu.

ada tips yang berguna yang perlu diingatkan kepada ibu ayah kita.

Pertama : Penjarakan Sosial

Penjarakkan sosial adalah satu langkah yang amat berkesan dalam memerangi wabak yang mudah dijangkiti. Apa yang penting ialah kita perlu memastikan diri sentiasa mempunyai jarak dengan orang lain lebih-lebih lagi apabila berada di luar dan di tempat awam. Kalau boleh elakkan mereka keluar , biar kita belikan untuk mereka. 

Kedua : Elakkan Daripada Berkunjung Ke Tempat Yang Tidak Penting

Buat masa ini, elakkan daripada berkunjung ke tempat yang tidak penting. Tangguhkan sebarang perancangan untuk menziarahi saudara-mara. Kalau dia rindu cucu dia buat panggilan video. Macam acik, mak sekarang dah pandai tengok youtube. Jadi kerjanya tengok orang masak dan masak. 

Ketiga : Persiapkan Bekalan Ubatan & Jangan Terlupa Untuk Mengambil Ubat Yang Diberikan

Untuk mereka yang perlu mengambil ubat secara harian akibat penyakit kronik yang dialami,  kita kena pastikan bekalan ubatan sentiasa cukup dan mengambilnya pada masa yang ditetapkan. Jika perlu, beli ubat di farmasi yang berdekatan atau apabila keadaan memaksa, kita boleh beli ubat secara di atas talian.

Keempat : Ingatkan mereka tentang SOP kesihatan.

Ingatkan keluar pakai mask, bawa sanitiser.

Moga membantu.. 




Catat Ulasan

2 Ulasan

Mimin Adam berkata…
sedih ramai momok momok kan vaksin ni
SalbiahM berkata…
Insha Allah. Masa kecik diorang jaga kita, sekarang kita pulak balas jasa