Assalamulaikum..
Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan dan ianya amat membimbangkan. Kalau kita dapat dilihat bahawa covid-19 dapat disebarkan dengan cepat terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. 80% daripada jangkitan baru covid ketika ini adalah sporadik. Tidak dapati dikenalpastikan sumber dan tak berkait dengan mana-mana kluster aktif.
Itu sangat membahaya.
Lagi-lagi kepada kanak-kanak dan juga kepada warga emas.
Fokus acik adalah kepada warga emas lebih tepat lagi kepada ibu bapa kita.
Mana ibu bapa yang berpendidikan tinggi itu tidaklah menjadi masalah tetapi ibu bapa kita yang di kampung-kampung dan di felda-felda. Mereka ini harus dijadikan tumpuan utama kita.
Mereka hanyalah dapatkan sumber apa yang dibaca di surat khabar, ditonton tv mahupun di radio sahaja.
Jadi tugas kita untuk ambil peduli tentang mereka.
Jelaskan kepada mereka kenapa belum boleh sembahyang di surau dan Masjid,Kenapa tidak boleh bersalaman dan sebagainya.
Macam acik sendiri sempat berbual dengan mak.
Ketiga : Klik di bahagian bawah untuk tambah tangungan, macam acik dah ada sebab itu nama acik pantau untuk mak.
Penjarakkan sosial adalah satu langkah yang amat berkesan dalam memerangi wabak yang mudah dijangkiti. Apa yang penting ialah kita perlu memastikan diri sentiasa mempunyai jarak dengan orang lain lebih-lebih lagi apabila berada di luar dan di tempat awam. Kalau boleh elakkan mereka keluar , biar kita belikan untuk mereka.
Kedua : Elakkan Daripada Berkunjung Ke Tempat Yang Tidak Penting
Buat masa ini, elakkan daripada berkunjung ke tempat yang tidak penting. Tangguhkan sebarang perancangan untuk menziarahi saudara-mara. Kalau dia rindu cucu dia buat panggilan video. Macam acik, mak sekarang dah pandai tengok youtube. Jadi kerjanya tengok orang masak dan masak.
Ketiga : Persiapkan Bekalan Ubatan & Jangan Terlupa Untuk Mengambil Ubat Yang Diberikan
Untuk mereka yang perlu mengambil ubat secara harian akibat penyakit kronik yang dialami, kita kena pastikan bekalan ubatan sentiasa cukup dan mengambilnya pada masa yang ditetapkan. Jika perlu, beli ubat di farmasi yang berdekatan atau apabila keadaan memaksa, kita boleh beli ubat secara di atas talian.
Keempat : Ingatkan mereka tentang SOP kesihatan.
Ingatkan keluar pakai mask, bawa sanitiser.
Moga membantu..
2 Ulasan