Ticker

6/recent/ticker-posts

Sumbangan Rakyat Malaysia Tidak Sampai ke Al Aqsa, Gaza Palestin? Fahami Penjelasan beberapa sumber.

 


Assalamulaikum

Sangat mengejutkan apabila Duta Palestin memberitahu duit sumbangan tidak sampai Al Aqsa, Palestin. 

Maka tanpa kita selidik terlebih dahulu cepat-cepat kita menghukum bahawa mereka seleweng dana tersebut.

Jangan cepat melatah.

Jangan cepat menghukum.

Ketahuilah di Palestin terdapat 2 pemerintahan yang dikenali Hamas dan Fatah. Kerana perbezaan kerajaan memungkinkan konflik antara kedua pemerintahan. Menurut Profesor Dr Zainuddin.Adakah betul sumbangan Palestin tidak sampai ?

Jawapannya ;

Sumbangan Palestin melalui NGO Malaysia seumpama Aman Palestin tidak disampaikan melalui mana-mana Duta Palestin, sebaliknya terus kepada NGO dan badan-badan kebajikan Palestin yang terletak di Gaza dan Baitul Maqdis serta ke kem-kem pelarian Palestin di Syria, Lubnan dan Jordan.

Saya sendiri adalah salah seorang Perunding Aman Palestin dan saya telah turut serta menyertai misi kemanusiaan ke Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan sejak tahun 2007 lagi.

Kami juga tidak berikan sumbangan melalui ahli politik seperti PA dan Duta Palestin, apatah lagi kepada mereka yang mempunyai rekod korupsi.

Teruskan menyumbang melalui AMAN PALESTIN, mahu pun melalui badan yang lain.

Salam ukhuwah dan salam perjuangan.

~ Dr Zainur Rashid Z

Ikuti catatan perkongsian di channel Telegram & Facebook

Telegram 

t.me/zainurrashid

Facebook


Masih ragu lagi ?

Boleh dengar sendiri bual bicara yang disiarkan di mycare menjawab semua persoalan.  /

untuk pengetahuan semua, NGO ini juga diaudit seperti di bawah  

kalau mahu bantu silakan tapi pastikan di NGO yang berdaftar dan diyakini.

Catat Ulasan

2 Ulasan

SalbiahM berkata…
Thanks for sharing Acik
paridah berkata…
Alhamdulillah pemegang amanah yg jujur menunaikan amanah n memahami situasi sebenar di situ