Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan.Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari antara tahun 2019 sehingga Mei 2021.
Sekarang banyak orang sedang dalam hidup dengan tekanan hidup, ada juga (depression) kemurungan. Aku pernah lalui detik itu dimana memang hilang semangat nak hidup dan memang down, iman senipis kulit popia.Memang fikiran akan ke arah nak bunuh diri dan biar hidup berakhir seperti.
Orang sekeliling akan cakap, kau tak ada iman agaknya boleh fikir macam tu.
Di saat situaasi seperti itu kau tak akan dapat berfikir dengan waras. Fikiran buntu. Pertanyaan demi pertanyaan akan bermain di minta. Kenapa tuhan tak tolong aku, kenapa aku jadi seperti ini.
Kalau diikutkan fikiran itu takkan selesai, tapi kita harus bangkit.. diri kita sendiri yang harus tolong diri kita.
Bagaimana untuk dapat pulihkan kembali ?
Pertama : Perlukan sokongan orang sekeliling
Kadang kau dengarlah masalah dia, jadi pendengar yang baik, Biar dia luahkan perasaan dia. Kalau dia dah habis bercerita barulah kau kasi pendapat. Ini tak, dia sibuk bercerita kau sibuk nak bercakap juga.
Kedua : kembali kepada ALLAH.
Satu hal yang kau kena yakinkan diri kau adalah, ALLAH itu ada dan dia Maha Penyayang.Allah selalu bantu kita, kena yakinkan hati dan jangan tinggal solat.
Ketiga : Jangan lari dari masalah.
Memang kita rasa ujian kita besar sangat, orang tak akan faham, Mereka senang bercakap. Tapi ingat bunuh diri bukan penyelesainya, dan jangan pernah anggap masalah selesai, Nanti dikemudian hari fikir tak tentang keluarga dan anak bini kita ? eh lupa masih bujang.
Keempat : Jangan malu untuk angkat bendera putih,
Untuk keadaan sekarang seandainya sangat memerlukan, buang ego kibarkan bendera putih kerana rakyat Malaysia sangat prihatin.
Ingat satu hal bunuh diri, bukan penyelesainya.
Sebenar mana tekanan dan masalah yang kita hadapi. ALLAH itu ada,Allah pasti bantu kita. Memang kita sangat perlu duit sekarang ini, tapi dengan bunuh diri tak selesai masalah.
Untuk orang sekeliling, cukuplah berkata tidak-tidak. Jika tak nak membantu, cukuplah diam. Jika ada lebih lihatlah orang kiri kanan rumah. Bantulah.
Kita semua sedang berjuang untuk teruskan hidup.
Apa pun jaga diri kita dan pastikan kita menjaga protokol kesihatan.
5 Ulasan
visit our website
ittelkom jakarta
I certainly thank you for writing this article well, hopefully it will become a reference in journals or other scientific writings and can help many people. thanks.
Best Regards Gladies