Ticker

6/recent/ticker-posts

Mereka Perlukan Kita ! Bayar Zakat Di Cawangan Kaunter Lembaga Zakat Selangor

 

Assalamualaikum

Aku mengikuti perkembangan Lembaga Zakat Selangor sejak dari dulu lagi, yang sentiasa bergiat aktif membantu masyarakat yang memerlukan. Lihat sahaja di laman sosialnya sangat aktif dan sentiasa peka dengan asnaf-asnaf yang memerlukan. Sangat tidak setuju jika ada mulut-mulut membicarakan Lembaga Zakat Selangor mengabaikan mereka yang memerlukan dan menjadi tugasan kita untuk membuat laporan kepada pihak zakat.  

Pada aku, zaman pendemik ini siapa aja yang tak terjejas,ramai yang dibuang kerja, ramai yang terimpit dengan masalah terutama Golongan asnaf dan berpendapatan rendah semakin dihimpit .Pada aku ini masanya untuk kita bersama memainkan peranan dalam membantu mereka mengharungi waktu sukar ini.

Caranya ?

Dengan membuat pembayaran zakat pendapatan dan zakat-zakat yang lain, Hanya berzakat sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tahunan kita dan kita juga boleh dapat rebat cukai pendapatan!

Mungkin masih ramai lagi mengambil remeh soal ini dan mengatakan “alah itu memang tanggungjawab mereka bantu orang susah” tapi pernah tak terfikir dari di setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita ada sebagian rezeki orang yang di titipkan kepada kita.

Allah swt. meluaskan dan menyempitkan sebahagian rezeki hamba-Nya. Oleh keranaa itu, ketika kita diberi diamanahikan rezeki kenderaan, tempat tinggal, makanan dan harta yang diberikan , kita harus berfikir bagaimana supaya rezeki yang kita dapat itu  dapat dimanfaat, kemudian Allah swt. gandakan lagi.

Salah satu jalannya ialah dengan cara berzakat dan menginfakkan sebagian harta kita dan diberikan kepada yang lebih berhak, seperti anak-anak yatim, orang miskin dan lain-lain. Kerana harus kita ingat, bahwa di sebagian harta kita ada hak-hak untuk mereka yang lebih memerlukan.

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

Surah At-Taubah (ayat 103)

Yakinlah akan janji Allah SWT dengan berzakat tidak akan mengurangkan harta seseorang, malah akan bertambah keberkatan dan kesuburan harta si pemiliknya.

“ Bang zakat untuk orang kaya je bang.. kita orang berpendapatan sederhana ini tak perlu, Kata Bang Mail, seorang kakitaangan kerajaan.

Sebenarnya pemikiran seperti ini perlu dibetulkan.

umat Islam disarankan membuat pertanyaan dan penaksiran semula zakat di mana-mana kaunter pungutan zakat bagi menentukan sama ada mereka perlu membayar zakat bagi tahun berkenaan ataupun tidak.

Jika mencukupi syarat wajib menunaikan zakat, maka wajib mengeluarkan 2.5 peratus daripada keseluruhan harta. Ingat Zakat bukan hanya Zakat Fitrah yang hanya dibulan Ramadhan tetapi banyak lagi zakat-zakat lain seperti zakat pendapatan, zakat emas dan lain-lain.

Datanglah kemana-mana cawangan Lembaga Zakat Selangor untuk membuat semakan dan membayarnya. Bermula 1 Disember 2021, urusan perkhidmatan di semua cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan dibuka 7 HARI SEMINGGU sepanjang bulan Disember 2021.

Waktu Operasi adalah seperti berikut:

1hb - 28hb Disember (setiap hari termasuk cuti umum) : 9.30 PAGI - 3.30 PETANG

29hb Disember - 31hb Disember (Rabu-Jumaat) : 9.30 PAGI - 8.00 MALAM.

Cawangan UTC Shah Alam (Isnin-Ahad) : 9.30 PAGI - 3.30 PETANG, manakala pada CUTI UMUM DITUTUP.

Terdapat banyak Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) seperti dibawah. 

 



Cara-cara Menyertai Jom Tunai Zakat - "Menang & Kongsi"

 




Kempen tunaikan zakat kini kembali. Kali ini bersama rakan sinergi Tabung Haji (TH).

Anda berpeluang memenangi hadiah menarik dan berkongsi hadiah yang dimenangi dengan asnaf. Wang tunai jumlah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2021

Caranya mudah dengan 2 langkah ini untuk menyertai Jom Tunai Zakat - "Menang & Kongsi" dan korang berpeluang memenangi hadiah menarik :

#1  Tunaikan zakat di mana-mana platform LZS. (online, ejen LZS, cawangan LZS)

#2 Imbas kod QR untuk isi borang penyertaan.

Untuk makluman lanjut sila layari: https://my2point5.zakatselangor.com.my/

Sambil berzakat sambil menyertai kempen Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi" anjuran LZS. Ianya salah stu iniasiatifg untuk mengalakan orang membayar zakat. Mungkin sedikit nilainya bagi ktia tapi pada yang memerlukan besar maknanya. Terima kasih kepada pembayar Zakat Selangor. Jom bersama kita berikan sokongan dan sinar baharu kepada saudara-saudara kita yang terjejas. Tunaikan zakat bersama Lembaga Zakat Selangor. 

Website :

www.zakatselangor.com.my

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

paridah berkata…
ALHAMDULILLAH PERKONGSIAN BERMANFAAT