Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau dia jodoh kita, Allah akan permudahkan. Kalau tidak, Allah akan persulitkan dan jauhkan

 


Assamulaikum

 Lama tidak bersua, menyepi dari keramaian, berdamai denga takdir.

Semakin berusia ini, terasa ingin membawa diri menyepi jauh dari hingar bingar dari kesibukan duniawi.

Rupanya semakin kita dewasa semakin besar ujiannya, dah macam hipotesis pula ya.

Tapi itulah realiti kehidupan yang harus dilalui. Merancang tahun ini memang akan menamatkan zaman bujang, semua orang dah tau, ramai yang mendoakan tiada henti-hentinya. Persiapan telah dilakukan, mental, fizikal telah dipersiapkan. 

 Akhirnya akhir disember yang lalu dia putuskan perhubungan dan menganggap kita hanya kawan. Allah itu maha mengetahui.

 Rupanya dalam masa dengan aku dia mesej dengan dengan lelaki lain. Dibenak kepala aku, tak salah dia nak mencari yang terbaik tapi bukan seperti ini caranya.

Dapat tahu awal tahun ini dia tunang dengan orang lain.

Hati siapa tak hancur. 

Ambil masa juga aku pujuk hati sendiri. Untuk menasihat orang lain kita boleh memberikan kata-kata yang bernas, dengan nada puitus dan kata-kata bijak. Tapi untuk diri sendiri ia amatlah susah.

Melawan perasaan sendiri hal yang paling susah.

Rupanya mak dan kakak dah tahu hal ini dan disembunyikan dari aku.

Luluh hati.

Dalam itu, aku anggap mungkin ini adalah doa mak.

Mak selalu cakap  " mak selalu doakan acik berjumpa dengan jodoh yang terbaik untuk acik"

Mungkin istilah terbaik itu yang selalu datangnya lambat, otak ini ligat memikirkan seperti itu.

Aku tetap bersangka baik dengan ALLAH. Dilambatkan jodoh untuk aku jaga mak dan bahagiakan mak

Aku selalu yakin.

Kalau dia jodoh kita, Allah akan permudahkan.

Kalau tidak, Allah akan persulitkan dan jauhkan.Allah tahu mana yang terbaik untuk diri kita.

Tidaklah bermaksud aku ini baik, masih banyak kekurangan lagi. 

Doakan ya semoga Allah permudahkan urusan aku soal jodoh.

InshaALLAH aku siap jika waktunya tiba.

 Doakan aku ya. 



 

Catat Ulasan

1 Ulasan

paridah berkata…
didoakan acik bertemu suri hati sejati serasi insya-Allah