Assalamualaikum
Masih banyak stigma-stigma dan mulut-mulut mengatakan zaman sekarang lambakan lelaki kawin lewat. Pada hakikatnya jika di tanya pada 1000 lelaki sekalipun adakah mahu nikah atau berkahwin. 99.9 % akan menjawab iya. Tetapi ada beberapa faktor yang harus dipetimbangkan.
Jadi berdasarkan pemerhatian acik, ada beberapa lelaki yang lewat untuk menikah.
Pertama : Masalah Ekonomi Belum Kukuh.
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh
Duit itu diperlukan segalanya, rata-rata masalah utama adalah kerana walaupun usia sudah berganjak 30 tahun tetapi untuk stabilkan diri sendiri masih perlukan waktu. Walaupun ada ijazah tetapi dengan keadaan sekarang yang terbeban dengan pendemik COVID-19 susah untuk dapatkan kerja dan dengan gaji yang kecil. Memang orang cakap kawin nanti ada rezeki tetapi macam acik sendiri nak stabilkan diri sendiri memang memerlukan waktu. Habis belajar usia 25 tahun, waktu itulah baru nak mulakan hidup cari kerja, memang perit.
Kedua : Terbeban Hantaran yang terlalu tinggi.
Ini pula, dah ada pasangan. Nak nikah, eh terbeban pula mak ayah pasangan minta hantaran tinggi ada sehingga RM 50000. Tepuk dada tanya iman, jika mampu silakan. Jika tidak carilah yang lain. Kadang katannya tak serius bila tak mampu tunaikan permintaan tersebut tetapi fikir-fikirlah sendiri,.Solusi yang baik boleh dilakukan dengan kedua-kedua pihak lelaki dan perempuan sama-sama kumpul duit atau nikah waktu covid ni. Jimat,
Ketiga : Pernah dikecewakan dan patah hati.
Mungkin kedengaran agak konyol, hal seperti ini memberi kesan mendalam ?
Jawapannya iya, sangat memberi impak, kerana rasa percaya dan memulihkan lagi untuk membina perhubungan yang baru itu bukan mudah. Jadi ambil waktu untuk memulihkan dan memujuk hati yang lara.
Keempat : Menjaga orang tua.
Mungkin ada yang katakan, ini semata alasan. Tetapi hal ini penting, tak semua orang boleh terima ibu bapa kita lagi-lagi kita yang diberikan tanggungjawab untuk menjaga orang tua. Mencari orang yang boleh sama-sama menerima ibu bapa kita lagi-lagi yang dah uzur, memang agak sukar.
Kelima :Terbeban dengan hutang.
Dalam kita mencari jati diri dan mencuba segala bidang untuk sukses. Kita mencari pelbagai alternatif untuk berniaga dan membuat pinjaman sana sini. Kadang ada sehingga silap langkah kerana kurang ilmu di dada. Jadi kita terbeban dengan hutang. Ada juga kerana gaya hidup yang mahu dipertunjukkan dengan memiliki kereta "H" dan memilik kredit kad sehingga tidak mampu bayar.
Mungkin ini kebanyakan lagi yang sedang mereka hadapi, apapun sebenarnya Jodoh belum sampai. Allah tahu yang terbaik untuk kita terutama untuk baiki diri kita. Sama-sama kita berdua kepada Allah dan berusaha untuk mencari jodoh. Jodoh tidak datang sendiri, kita harus usaha !!
2 Ulasan