Assalamualaikum
Setiap orang mengimpikan sebuah perhubungan yang bahagia dan sentiasa bersama hingga ke akhir hayat. Tetapi dalam masa yang sama tidak semua perhubungan itu berjalan dengan baik dan pasti ada liku-liku permasalahan yang terjadi. Sebolehnya kita mahu pertahankan hubungan itu, tetapi ada hal-hal yang perlu difikiran apabila ianya menjadi hubungan yang toksik. Sebagai contoh :
Pertama : Dia mengharapkan duit kamu
Dalam situasi ini yang acik nak sampaikan dari dua-dua pihak dari pihak lelaki dan perempuan. Kalau lelaki yang jenis, kalau pergi makan semua perempuan yang bayar, dia tak nak kerja, kamu bayarkan keperluan dia tiap bulan, bil eletrik dia,bagi duit makan. Ini ada yang terjadi, sampai bila ? dia tak akan sedar. Tinggalkan dia jangan biarkan buat hidupmu menderita.
(iklan) untuk kaum hawa nak tahu rahsia tentang cepat dpt jodoh ? ada rahsia untuk kamu di sini --> cari jodoh
Kalau kamu dapat pasangan perempuan apa-apa belum nikah tapi minta iphone, minta jam mahal-mahal, malu kalau kamu naik motor ataupun kereta kecil. Lebih baik fikirkanlah, belum apa-apa dah kaki kikis apalagi dah nikah nanti ? Agarkan kesederhanaan dalam segala sesuatu. Kita lelaki, kita ketua keluarga bawalah ke cara yang benar.
Kedua : Jenis yang baran dan suka maki
Ada jenis lelaki maupun perempuan yang jenis baran, salah sikit tak boleh. Salah sikit naik tangan, pukul. Salah cakap sikit habis disepak terajang,sampai bengkak-bengkak muka. Ada yang masih dalam proses berkenalan dah berani pukul dan ancam. Tapi aku sayang dia acik !, kata Aisyah.
Sayang ? Tapi sanggup dipukul ! di hina di herdik macam anak kecil ?
Kalau dapat pula perempuan yang suka maki hamun, Fikirlah.Jangan sia-siakan hidup kamu.
Ketiga : Terlalu cemburu berlebihan
cemburu tak salah, faham sayang pasangan kita. Lagi kalau dia nak keluar dengan kawan dia yang lain. Lepas itu tak bagitahu kita, marahlah kita. Okey kita ada point tapi jangan sampailah kontrol dia sampai pakai aplikasi ceroboh whatsapp dia sampai kita dapat notifikasi di chat dengan siapa, call dengan siapa. Sampai satu tahap kita letakkan lokasi dia dimana. Setiap masa call dia tanya dia kat mana ? dengan siapa ?
Itu dah melampau, seadanya sahajalah. Dia pun perlukan waktu dia untuk bersendirian. Ingat Kalau dia milik kita yang telah dijodohkan oleh ALLAH pasti akan bersatu tapi seandainya bukan, kita jagalah seketat apapun kalau bukan tetap bukan.
Keempat : Jenis yang body shamming
Ada ke ? mestilah ada, yang jenis suka membezakan kamu dengan rakan-rakan dia. Awak ni gemuk ! tengok girlfriend si B tu molek je!
Kenapalah muka awak ni banyak jerawat! malu nak bawa pergi majlis!
Mungkin ini sebahagian tetapi banyak lagi kata-kata yang menyakitkan hati kita apabila di dengar. Dan ianya sendiri pernah terjadi pada acik, dipermalukan kerana size badan dulunya.
Kata menerima seseorang itu seadanya kadang hanya di bibir tapi hakikatnya yang handsome dan cantik itu lebih diutamakan.
Kelima : Apabila dia banyak "kawan" atau adik/abang angkat
Berkawan tak masalah, setiap orang mempunyai hak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Tetapi seandainya dia kata kawan, tapi dia malam telephon hampir setiap hari. sering berjumpa berkawan macam mana tu ?
Ada juga kes yang beradik abang angkat demi menghalalkan perhubungan yang akrab. Hakikatnya lain seperti yang kita bayangkan. Berkawan tak salah tetapi jagalah batas-batas pergaulan, lagipun kamu sudah ada dia. Untuk apalagi ada yang lain?
Tak salahkan kita banyak pilihan ?
Memang tak salah kalau awak itu masih sendiri tapi kalau sudah ada seseorang orang yang lagi taaruf dan dalam proses ke alam perkahwinan. Jagalah hubungan itu. Kamu mau yang baik, kamu juga perlu jadi baik.
Mungkin ini hanya berlaku kepada mereka dalam proses dan taaruf.Jika ada 5 hal di atas, fikir-fikirlah.
Masih boleh diselamatkan jika saling muhasabah diri, tetapi ingat kesempatan boleh diberikan sehingga 2 kali sahaja, Lebih dari itu jangan kerana dia akan mempergunakan sebagai senjata dalam dia.
Kenapa acik dengan nada tegas kerana hanya mereka yang pernah merasa sakitnya patah hati dan kecewa. Mereka akan faham bagaimana susahnya untuk bangkit dari sakit itu.
2 Ulasan