Kalau
kita nak memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Maka
pilihlah dia yang paling bersungguh nak menghalalkan kita. Effort dia
untuk ke next step tu ada. Kita nampak semua usaha dia. Baik jumpa mak
ayah, buat kerja lebih masa dan sebagainya. Bukan hanya dia pandai cakap
I love You tapi lembu pun boleh terbang. Nak kahwin tapi persiapan
masih zero.
Dah datang berjumpa mak ayah tapi masih lagi tak
bersungguh nak berkahwin. Sekarang bukan lagi satu kepastian kalau
seseorang tu dah datang berjumpa kedua mak ayah kita. Dia akan berkahwin
dengan kita. Dia ikhlas nak dekat kita. Kerana hanya akad yang indah
menjadi bukti cinta sebenar. Perasaan cinta dan sayang saja masih tak
cukup. Cinta tak boleh menghilangkan rasa lapar disaat kamu kelaparan.
Apatah lagi ketika kau tengah kebuluran sebab tak makan.
Kita
bukan hidup dalam alam fantasi, atau hidup dalam novel cinta yang penuh
dengan rekaan. Sedarilah kita berdiri pada bumi yang nyata.
Dan satu lagi.
Mahu pilih dia jadi pasangan hidup kita. Biar dia sayang kita lebih dari
kita sayangkan dia. Sebab itu adalah tanda dia ikhlas mahu hidup berdua
dengan kita. Tapi kalau kita ni dah tak lagi diperlukan. Menghargai tapi
dihargai. Better angkat kaki je. Kenapa kita nak menghargai seseorang
yang tak menghargai kita? Move on. Usah terus berharap pada hati yang
dah tak sudi menerima kita.
Last but not least,
Carilah pasangan hidup yang boleh menjadikan kehidupan kita lebih baik. Boleh sama-sama berusaha untuk perbaiki diri. Bukan hanya kehidupan untuk dunia saja. Tapi juga kehidupan untuk akhirat. Bila kita tak solat dia mengingatkan kita tentang solat, jangan tinggalkan solat 5 waktu walau sibuk mana pun kita dengan dunia
Dan jangan memilih pasangan
hidup semudah kita nak membeli kangkung di pasar pagi. Sedang kangkung
yang kita pilih pun belum tentu masih elok. Apatah lagi nak mencari
pasangan hidup. Memilih pasangan hidup ni ibarat kita nak membina sebuah
rumah. Jika tiang yang kita bina utuh maka potensi untuk rumah tu
bertahan lama adalah sangat tinggi. Maka begitu juga sebaliknya jika
kita hanya mencari pasangan hidup sekadar tangkap muat. If you know what
i mean
Hidup berdua ni kalau boleh biar jodoh kita dan dia kekal sampai syurga Allah, kalau terputus di dunia kita berharap dan berdoa, minta supaya Allah satukan di akhirat sana. Itu tujuan kita berkahwin. Bukan sekadar berkahwin untuk hidup berdua di dunia saja.
Dan
kepada kalian yang dah bercinta bertahun-tahun. Dah kenal lama bukan
satu jaminan yang kamu dah kenal diri dia yang sebenar. Nak kenal diri
dia yang sebenar bagaimana. Nikahi dia. Jangan sangka apa yang kita rasa
baik untuk kita itu adalah baik buat kita. Sebab boleh jadi dia yang
kita anggap jodoh kita. Sebenarnya adalah jodoh orang lain. Jadi
bersederhanalah dalam berkasih
Buat kalian yang tengah menanti hari bahagia. “Sirru Ala Barakatillah” berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT. Binalah hubungan rumahtangga kalian dengan taqwa dan rasa takut yang tinggi kepada Allah. Dan buat kalian yang masih single, usah lah merasa diri tak laku di mata orang lain. Kerana kita ada bahagia kita masing-masing
Allah knows what is the best for you
0 Ulasan