Siapa pelajar mahunpun bekas pelajar Universiti
Teknologi Mara (UiTM) pada kenal individu yang sangat dikenali Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, bekas Naib Cancelor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan salah seorang idola aku sejak dari dulu, beliau sangat aktif menulis di facebook dan kali ini tentang penceraian dikalangan anak muda. Mari sama-sama kita hayati nasihat yang disampaikan Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
PENCERAIAN DIKALANGAN ANAK2 MUDA.
SILA BACA. MESEJ PENTING.
Kedua-dua pasangan perlu baca pandangan berikut. Saya mohon maaf jika ada yg rasa menguris hati kerana tulisan saya.
Tahun lepas lebih 70,000 kes perceraian di Negara kita. KENAPA?
Masalah dalam kalangan pasangan suami isteri lazimnya berlaku selepas 3 tahun berkahwin. Bulan madu tamat selepas 2 tahun. Ia menjadi lebih teruk selepas 7 tahun. Ia dipanggil gatal 7 tahun. Seventh year itch. Biasanya gatal ini berlaku dikalangan lelaki. Mereka mula mencari wanita lain. Terdapat ramai ibu tunggal menguruskan kerja dan anak-anak. Kesian kadang-kadang. Ramai lelaki juga kehilangan minat terhadap isteri mereka dan mencari wanita lain dan mempunyai hubungan sulit. Wanita ditarik ke dalam kehidupan yang mewah dan mudah serta tergoda. Dimana kesilapan nya. Salahkan wanita atau lelaki.? Adakah alternatif lain?
Lelaki tanpa mengira umur menikmati jodoh sementara atau mereka mencari ikatan kekal. Sesetengah lelaki apabila mereka bersara serta-merta meninggalkan keluarga mereka untuk tinggal bersama wanita lain. Ada juga yang simpan sugar babies dan ada juga simpanan sugar boys atau gigolos.
Perpisahan dan Kelakuan seperti itu berlaku. Ia disebabkan kerana ketidaksabaran dan sikap tidak bertoleransi. Tekanan kerja dan covid memusnahkan lagi hubungan. Kita mesti belajar untuk hidup dalam harmoni.
APA YANG BOLEH DIBUAT UNTUK ELAKKAN SALAH FAHAM DAN PERPISAHAN.BAGAIMANA HIDUP DALAM HARMONI ?
Banyak cadangan di bawah adalah untuk lelaki dan wanita. Kedua-duanya ada kesalahan masing-masing.(Berikan pandangan anda untuk dikongsi. Saya memohon maaf jika ada yang terguris hati kerana tulisan saya)
1. Tidak kira apa pun keadaan apabila anda bangun beri lah senyuman. Senyuman manis di waktu pagi adalah seperti meminta maaf tanpa mengucapkannya.
2. Lupakan masa lalu dan bermula lah yang baru setiap pagi. Sukar tetapi apabila kedua-duanya ada pemahaman yang lebih baik akhirnya akan berjaya insya Allah.
3. Berhenti berletiak / nagging dan mencari kesalahan. Cuba faham setiap orang ada perasaan. Nagging oleh seorang wanita adalah tekanan yang dibina pada lelaki dan membawa kepada tekanan darah tinggi dan akhirnya strok. BERHENTI DARI MENCARI KESALAHAN DAN KESILAPAN ANDA BERDUA. Lelaki juga ada yg kuat berletiak ,nagging dan mencari kesalahan. Banyak perpisahan berlaku dan ada juga lelaki mencari kebahagiaan alternatif.
4. Saling memuji ibu bapa mertua dan ahli keluarga. Jangan perkecil kecilkan adik beradik pasangan. Adik beradik anda bukan lebih pandai dari mereka. Jangan mengeluh terhadap ibu mertua anda . Itu adalah peraturan nombor satu. Layan ibu mertua anda seperti ibu anda sendiri. Hadiahkan barang2 kecil sekali-sekala membuat perbezaan yang besar. Jika anda telah membuat mereka marah, turunkan ego anda dan minta maaf. Apa yang penting ialah perkahwinan anda dan keluarga yang aman dan bahagia.
5. Wang adalah isu besar di mana pertengkaran akan membawa kepada masalah besar. Elakkan ia pada setiap masa. Berkompromi, berbincang dengan bijak dan dengan tenang. Cuba memahami antara satu sama lain.
6. Jangan bergaduh kerana anak. Jangan bergaduh di hadapan mereka. Anak-anak anda juga akan menjadi tidak stabil dari segi emosi dan mereka juga boleh mengalami kemurungan dan jadi kaki gaduh di sekolah.
7. Hentikan “affairs” di pejabat. Perkara ini berlaku terutamanya kerana anda tidak gembira di rumah. Lelaki cubalah memahami isteri anda dan mencintailah isteri anda. Perempuan dinasihati berhenti nagging dan menjauhi mencari kesalahan suami anda supaya dia gembira pulang ke rumah. Make him happy always. Lelaki pun perlu pastikan isteri sentiasa happy dirumah.
8. Mempunyai anak dan perpisahan adalah perkara paling buruk yang boleh berlaku kepada anak-anak anda dan anda. Walau apa pun keadaan , pastikan keluarga bersama. Turunkan ego anda. Bukan senang nak cari pengganti. Selalunya ia tidak akan berjaya. Lelaki mengambil isteri kedua untuk menonjolkan isteri kedua sebagai trofi. Wanita mahukan duit, keselamatan dan kehidupan yang mewah dan mudah. Bahagia itu hanya sementara.
Ada banyak lagi untuk dikatakan. Lain kali pula.
Apapun ini hanyalah padangan peribadi, marilah kita sama-sama muhasabah diri.
2 Ulasan
jom jenguk sini pulak.. hehe
https://www.blogammar.com/jpj-bid-cara-mohon-jpjebid-untuk-nombor-plate/