Ticker

6/recent/ticker-posts

Port Healing Terbaik di Yogjakarta atau Jogjakarta Yang Mudah Dan Murah

 

 Assalamualaikum.

Rasa rindu pada blog setelah sekian lama menyepi. Hari ini kembali dengan tahun yang baharu dan semangat yang baharu. Alhamdulilah tahun 2023 Allah berikan kesempatan untuk acik "healing" setelah bertahun-tahun ditunda untuk bercuti ke luar negara.

Kemana kita ni ? 

Ke Yogjakartalah ! atau Jogjakarta.

Untuk ke Jogjakarta.

Yogyakarta adalah ibarat 'jantung' Indonesia dengan kecantikkan alam semulajadi yang mengagumkan. Jogyakarta (disebut sebagai 'Jogjakarta' atau 'Jogja', untuk pendek) adalah sebuah kota yang amat berbeza dengan Jakarta. Dikelilingi dengan kehijauan yang indah di sekeliling dan juga pegangan budaya yang kuat. Di jogja kita boleh menemui bahasa dan budaya Jawa yang murni. Berbeza dengan haru-biru Jakarta atau Bali, Yogyakarta lebih bertenang. Sopan di dalam ucapannya dan semangat di dalam budayanya.

 Pertama sekali penerbangan acik adalah dari KL International Airport (KLIA2) ke Jakarta dan daripada Jakarta menaiki Kereta api Ke jogja. Perjalanan selama 8 jam dan keadaan di kereta api dengan kerusi keras kerana kami membeli tiket ekonomi. Kami menaiki dari Station Pasar Senen. 

Tiba di jogja jam 3 pagi, kami terus ke hotel.

Mula-mula perancangannya nak sewa kereta sendiri tapi atas nasihat dari kawan-kawan untuk sewa kenderaan dengan pemandu. Sebenarnya harga lebih murah kalau sewa siap pemandu. Pemandunya juga messra, jadi boleh hubungi Pak Agus. (klik di sini)

Berbalik kepada cerita, acik ceritakan sedikit perjalanan jalan-jalan di jogja. 

Hari pertama 





Untuk hari pertama, acik pergi je kurang tembelan, kawasannya 2 jam perjalanan dari kota Jogja, memang mencabar untuk pergi dengan jalan yang sempit dan dekat perkampungan , lebih tepat lagi dekat dengan kawasan pergunungan. Untuk  ke jurang tembang, untuk masuk hanya bayar 5000 rupiah atau RM 1.60 dan parking kenderaan juga 5000 rupiah.

Untuk pemandangan di sini bisa di lihat suasa kehijauan dan memang cantik untuk bergambar. 




Berdekatan kawasan tersebut boleh juga ke hutan pinus, di sini kamu bisa melihat keindahan pohon-pohon pine yang sangat cantik. Tempat tersebut juga sangat sesuai untuk mengambil gambar dan membuat konten tik tok. Masuk hanya RM 1.60 atau 5000 rupiah dan lokasi seterusnya adalah di Rumat Hobit.




 Semua ini kawasan berdekatan sahaja, Acik sangat teruja dengan keindahan rekabentuknya yang sangat unik. Harga tetap sama hanya RM 1.60 atau 5000 rupiah dan masuk kereta kena parking juga  RM 1.60 atau 5000 rupiah.





 Next acik pergi ke pantai timang, pergi pantai timang sebenarnya sangat mencabar. Dengan keadaan untuk pergi ke berliku dan sempit perlu naik jeep. Kalau nak naik kereta memang tidak digalakkan dan ada satu tempat memang naik membukit, memang kereta tidak boleh lalu. Untuk naik jeep kosnya RM 135 atau 350 ribu sahaja. Jeep boleh dinaiki 4 orang. 

Perjalanan hampir 40 minit dan sampailah di Pantai Timang, memang sangat cantik dan ombaknya besar. Disana untuk menyeberangi terdapat dua pilihan iaitu menaiki Gondola atau melalui jambatan.

Untuk kosnya : Activity Gondola RM60 (200 ribu), Jembatan RM30 (100 ribu) 

Setelah itu berdekatan pantai timang terdapat restoren yang menjual makanan laut seperti lobster dengan harga yang sangat berpatutan. Di sini acik sediakan menua pilihan.

dan terus pulang ke hotel dan malam jalan-jalan di sekitar kawasan Malioboro.

Untuk hari kedua.


 Awal pagi kami keluar untuk pergi ke  keraton ratu boko yang sememangnya dalam pakej yang disediakan tapi misalkan tak nak acik lebih sarankan terus ke prambanan temple. Okey next ke prambanan temple.


Untuk prambanan temple dan harga masuknya ialah RM 120 atau 310 ribu tetapi kalau boleh berbahasa indonesia bisa dapat harga lokal 80 ribu sahaja. Candi Prambanan adalah candi Hindu terbesar di Jawa Tengah dengan ketinggian sekitar 47 m, namun seperti halnya dengan candi-candi yang lain, Candi Prambanan ditemukan kembali dalam keadaan runtuh dan hancur serta ditumbuhi semak belukar. Hal ini karena telah ditinggalkan manusia pendukungnya beratus-ratus tahun silam. Secara administratif kompleks candi ini berada di perbatasan Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta.

Masyarakat sering menyebut candi ini dengan nama candi Larajonggrang, suatu sebutan yang sebenarnya keliru karena seharusnya Rara Jonggrang. Kata rara dalam bahasa Jawa untuk menyebut anak gadis. Dalam cerita rakyat Rara Jonggrang dikenal sebagai putri Prabhu Ratubaka yang namanya diabadikan sebagai nama peninggalan kompleks bangunan di perbukitan Saragedug sebelah selatan Candi Prambanan. Dikisahkan dalam cerita tersebut ada seorang raksasa Bandung Bandawasa namanya. Ia mempunyai kekuatan supranatural dan ingin mempersunting putri Rara Jonggrang. Untuk itu dia harus membuat candi dengan seribu arca didalamnya dalam waktu satu malam. Permintaan tersebut dipenuhi oleh Bandung Bandawasa, namun Rara Jonggrang curang sehingga pada saat yang ditentukan candi itu belum selesai, kurang sebuah arca lagi. Bandung Bandawasa marah dan mengutuk putri Rara Jonggrang menjadi pelengkap arca yang keseribu. Arca tersebut dipercayai sebagai arca Durgamahisasuramardhini yang berada di bilik utara Candi Siwa. Yang jelas Durgamahisasuramardhini adalah istri Dewa Siwa.


 okey done storynya kita berbalik pula ke sky view Bandar Jogja hari RM8 atau 20 ribu, tempatnya memang cantik dan dapat melihat kehijauan alam semula jadi dan keindahan bandar jogja.

Jangan lupa juga  pergi ke Hutan Pinus Peggar  dan ini adalah lokasi wajip pergi, tempatnya memang cantik terutama mengambil gambar icon tangan.






Untuk masuk ke kawasan ini 5000 ribu sahaja, cuma setiap lokasi nak ambil gambar kena pakai photogpher yang mereka sediakan dan masuk ke kawasan perlu bayar 2000 ribu dan setiap gambar yang diambil 3000 ribu sahaja bagi sekeping gambar. Kalau gambar ada 10 maka 3000 x 10 pcs.

 Panjang lebar pulak, 

 sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh pergi dan acik senaraikan di bawah : 

1. Sultan palace= 25k

2. Taman Sari= 25k

3. Puncak becici= 10k

4. Kebun buah mangunan= 10k

5. Tembelan=5k

6. Hutan pinus= 5k

7. Pantai timang= jeep 350k per jeep boleh share 4 orang 1 Jeep activity gondola 200k jembatan 100k

8. Merapi park= 40k

9. Taman nasional gunung merapi= jeep sunrise trip 500k jeep trip biasa 450 @ per jeep share untuk 4 orang per Jeep

10. Prambanan= 375k

11. Candi ijo= 10k

12. Tebing breksi= 15k

14. Borobudur= 375k

15. Kalibiru= 50k

16. Pantai parangtiris= 10k

17. Bukit bintang= free

18.stone hange = 25k

19.pindul cave = 200k

20. Naik Gondola di Pantai Timang = 200k

21. Jeep nak ke Pantai Timang = 350k per jeep bleh share 1 jeep 4 orang

22. Rumah Hobbit = Rp 5k

23. Tumpeng menoreh hill = 50 k include voucher makan 25k

Ingat nak mudah pergi jalan di jogjakarta hubungi pak agus !  

  hubungi pak agus ! 

 hubungi pak agus ! 

 hubungi pak agus ! 

 

 

 

 

Catat Ulasan

3 Ulasan

aswaleyla berkata…
kat sana banyak spot2 cantik kan. negara dia bnyk tempat2 healing best
paridah berkata…
CANTIKNYA TEMPAT WISATA
Mznimnwr berkata…
Rasa dah lama betul saya tak baca blog acik. Last time baca masa saya masih sekolah :D

Cantiknya jogja! Wishlist nak pergi sana sbab nak ke timang beach tu naik gondola. N kat situ makan lobster murah jugak kan.

Temple prambanan tu pun cantik!