Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan bernikah hanya kerana terdesak umur tetapi bernikahlah apabila..


 

Umur 30 masih tak kawin ? 

Itu persoalan penting kalau bertemu dengan siapapun,ayat ini pasti bermain di fikiran mereka. Ala jangan memilih sangat !

Hakikatnya kita bukan lagi hidup di zaman dahulu yang perlu dipadankan oleh keluarga dan kita tak boleh menolak,  kalau dapat yang baik Alhamdulilah, kalau dapat yang kurang baik ? kena terima sahaja?

Jangan bernikah hanya kerana terdesak umur tetapi bernikahlah apabila yakin bahawa si dia yang terbaik buat kita.

Depan mata aku sendiri beberapa kenalan bernikah hanya kerana mahu tutup mulut orang sekeling. Hanya mahu kelihatan dia bahagia.

Hakikatnya banyak cerita yang disimpan rapi.

Kebiasannya adalah perempuan.

Mereka sanggup korbankan hidup mereka agar tidak digelar andartu. Takut digosipkan oleh makcik-makcik, lagi nak dekat raya ini. Bila nak kawin ? 

 Ramai yang terdesak nak kawin sampai ditipu beribu-ribu ringgit oleh di hidung belang yang menjanjikan bulan dan bintang. Ada yang sanggup kawin untuk sara hidup si lelaki itu tersebut walhal dia tidak mahu bekerja.

Sampai ada yang sanggup bertahan walau si lelaki itu panas baran dan kaki pukul.

Aku lelaki, aku tahu pemikiran mereka. 

Mereka boleh bilang sayang, cinta tanpa benar-benar ada perasaan tersebut. 

 

Kerana sebahagian lelaki seperti ini kami dilabelkan " lelaki semua sama !"

Hakikatnya ianya tergantung kepada individu dan peribadi.

Pada acik, tak apa nikah lambat asalkan jangan tersalah pilih.

Ingat pilih pasangan adalah melalui mereka yang menjaga solat. Solat itu tiang agama. Kalau dia jaga solat insya-Allah hal yang lain juga dipertimbangkan. Kalau ditanya soal solat dia mengelak mahupun waktu solat sahaja tidak dipikirkan lebih baik fikir banyak kali. 

Kalau soal ini tak kira, lelaki dan perempuan. 

Ala orang jaga solat, belum tentu baik, kata Makcik Senah.

 Iya betul, tapi setidaknya dia menjaga hubungan dengan ALLAH. Insya-ALLAH hal-hal yang baik juga dijaga. 

Statistik kes pasangan bercerai yang dikeluarkan menunjukkan peningkatan.

 Antara punca utama berlakunya konflik antara suami isteri disebabkan melanggar perintah Allah SWT iaitu tidak solat.

 Kedua,lihatlah pergaulan dia.

Pergaulan adalah sangat penting, lihat dia selalu lepak dengan siapa, siapa dia berkawan dan lihat tempat-tempat mana yang sering dikunjungi. 

Ketiga, lihat sosial media dia bagaimana.

Ada orang pakai sosial media sebahagai hiburan diri dan menjadikan medium cari jodoh. 

dan lihatlah sosial media mereka apa yang di post.

Apapun jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Allah S.W.T. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai ‘pelakon’ mereka akan diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. 

Oleh yang demikian, kita hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang itu membuat keputusan, mereka dianjurkan solat istikharah. Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk terutama apabila seseorang dalam keraguan untuk memutuskan antara dua perkara. Misalnya soal jodoh. Ia adalah perkara yang penting di mana setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan jodoh, maka sandaran dan kebergantungan kita pada akhirnya ialah hanya kepada Allah S.W.T.  

Jangan sampai tersalah pilih orang dalam membuat teman hidup. Berkahwin dengan orang yang salah adalah lebih memeritkan berbanding kekal bujang. Oleh sebab itu kita mestilah berhati-hati agar tidak tersalah langkah.

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan