Gambar hiasan |
Tahun 2023 telahpun masuk hampir pertengahan tahun. Tetapi perbahasan tetap sama lagi. Kenapa tak kawin lagi ?
Nak jadi bujang terlajak ke ?
Nak jadi anak dara tua ke ?
Itu biasa.
Adakah skripnya masih sama lagi jodoh masih sesat lagi. mencari jalan pulang yang tidak ketemu lagi. Penat berusaha tetapi satu kenyakinan yang pasti jangan pernah menyerah walaupun sedetik. Tetap teguhkan hati bahawa Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita.
Kata orang kita kena ketemu orang yang salah dulu baru ketemu orang yang lebih baik ?
Ada betulkan ada tidaknya juga.
Jika kita ketemu yang baik jangan di sia-siakan, dihargai dan dijadikan pendamping hidup,
Tetapi andainya kita ketemu orang yang salah itu adalah proses.
Proses untuk kita jadi lebih baik. Kita disakiti, kita dihianati, kita ditinggalkan dan pelbagai lagi.
Itu adalah pengalaman yang mendewasakan.
Makanya jangan semudah itu untuk memberikan hati kepada sesiapa.
Maka tidak usah mengeluh. Nikmati sahaja prosesnya sebelum bertemu dengan seseorang yang tepat menurutNya. Tidak akan ada kisah yang Allah ciptakan sia-sia, semua pasti akan membawa hikmah yang luar biasa untukmu.
Jika sebelum ini bertemu dengan orang yang salah, tidak usah menyesal. Tetaplah bersyukur kerana dari pengalaman itu kita belajar untuk bersabar. Bertemu dengan orang yang ‘salah’ mungkin membuatkan dirimu terluka tetapi percayalah suatu hari nanti akan kita pasti akan bertemu dengan seseorang yang tepat.
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Tidak usah menyesal, tetaplah bersyukur dengan apa jua takdir yang Allah berikan. Daripada pengalaman-pengalaman itu, kita dapat belajar banyak tentang mengenali hati yang tulus.
Jadi bersangka baiklah kepada Allah tiada henti, sungguh semakin kita bersangka baik maka pasti kita akan mengerti apa yang sedang Allah tulis sebenarnya untuk kita. Allah Maha Hebat dalam mengatur rencana. Kadang-kadang memang Allah datangkan dahulu orang yang salah sebelum datang orang yang baik.
Doa Mohon Dapat Jodoh / Pasangan Yang Baik (Sumber Daripada Al-Quran)
Al-Quran diturunkan bukan sahaja untuk dijadikan petunjuk bagi pembacanya, malah ia juga terkandung banyak doa-doa yang baik untuk diamalkan termasuklah doa untuk mendapat jodoh.
Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat jodoh adalah melalui petikan ayat dari surah-surah berikut :
1. Surah Al-Anbiya ayat 89
Potongan ayat ini juga terkenal sebagai doa Nabi Zakaria.
رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَ أَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ
Bacaan rumi: Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisin
Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah Pewaris yang terbaik.”
2. Surah Al-Furqan, ayat 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bacaan Rumi : “Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrota a’yuniu waj’alna lil muttaqina imama”
Maksudnya: “..Ya Tuhan, anugerahkan kepada kami isteri dan zuriat yang menyejukkan (hati) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa..”
3. Surah al-Qasas ayat 24
Potongan ayat ini juga lebih dikenali sebagai doa yang sering diamalkan oleh Nabi Musa a.s bagi memohon rezeki.
رَبِّ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرِ فَقِيْرٌ
Bacaan Rumi : “ Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”
Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
4. Doa Memohon Bertemu Jodoh Oleh Almarhum Tn Guru Dr Harun Din
Mudah-mudahan dipermudahkan urusan, ditemukan dengan jodoh yang baik, sudi menerima segala kekurangan kita, dapat memimpin kita ke syurga, menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak kelak insya Allah, Amin.
Nota: Doa ini ada dalam Buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam Darussyifa, pimpinan Al-Marhum Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.
2 Ulasan