Ticker

6/recent/ticker-posts

Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam atau jodoh kita adalah...

 

 
Selalunya apabila pasangan lelaki dan perempuan bercinta, pasti mengharapkan hubungan yang dibina akan kekal dan sampai ke jinjang pelamin.
 
Namun, bagaimana pula seandainya hubungan yang dibina tidak berkekalan, usah bersedih, yakinlah dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.
 
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya jodoh yang kita cari berada berdekatan dengan kita. Kita mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu satu hari nanti kita akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan kita. Bahkan kita akan jatuh cinta dengan seseorang yang kita kenal suatu masa dahulu.
 
Tak sangka kan..?
 
Kuasa Allah ini besar.
 
Kita cari jodoh jauh-jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
 
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh kita adalah daripada kenalan kita suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara kita yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh.
 
Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk kita tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya jika kita perhatikan betul-betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ini. 
 
Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita.
 
Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan untuk menjadi pasangan kita, ia tetap menjadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.
 
Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi. Baiklah, sekarang adalah situasi di mana kita sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Kita sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama-sama.
 
Tidak dinafikan pasti wujud konflik di saat ini kan..?
 
Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang akan datang untuk menguji cinta kita kan..?
Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan.
 
Ketidak percayaan mula timbul dan mengeruhkan hubungan kita. Di sinilah sebenarnya kita kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat berputus asa.
Okay, jika kita berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk kita. 
 
Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan.
Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah-olah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Kita pula dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan kita berdua kembali seperti dulu lagi. Malah, mungkin semakin memahami dan bahagia.
 
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan kita rasa putus asa, Allah akan tunjukkan kita jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh kita kuat bersama si dia.
InsyaAllah, banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan.
 
Jangan sesekali mudah mengalah. Apa-apa pun ia bergantung pada sikap kita sendiri. Jika kita jenis yang cepat putus asa dan mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh..?
 
Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita, ia pasti milik kita..!
 
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah lama berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin..! Itu juga namanya jodoh.
 
Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. Mungkin Allah mahu kita berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dan menguji rasa cinta antara kita.
 
Hakikat ayat ini, "Kalau dah jodoh, ia tetap jodoh" sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh kita bukan bersama seseorang yang kita cintai.
Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
 
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk kita. Tidak mudah untuk kita perlu menjadi seorang yang sangat kuat dan tabah.
 
Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh kita, 

tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan kita. Tetapi, jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik kita.
 
Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah, Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba-Nya.
 
Mintalah kepada-Nya sedikit kebahagiaan. InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah Solat Istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu kita dalam membuat keputusan.
 
Jika kita dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk kita, terimalah dengan sabar dan ikhlas. 
 
Memang sukar tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang kita rasa sekarang adalah bayaran untuk kita di masa akan datang nanti, insyaAllah.
 
Jangan serahkan pada takdir semata-mata. Soal jodoh memang milik Allah, tetapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata, jodoh tidak perlu dicari, tetapi ia akan datang sendiri.
 
Benar,
Tapi tetap juga kita perlu berusaha.
 
Bagaimana..?
 
Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki atau perempuan, asalkan kita tahu batas-batasnya dan luaskanlah pandangan terhadap kehidupan.
 
Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh kita sudah ditentukan.
 
Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jaga
batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil kita akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamal sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin kita adalah seorang lelaki yang meminati seorang gadis dalam diam. Kita mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang kita perlu lakukan..? Duduk diam..? Salah tu.
 
Sekurang-kurangnya, kita harus mencuba. Belum cuba, belum tahu kan..?
 
Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersamanya selama-lamanya..!
 
Jadi, jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini.
 
InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu.
Jangan awal-awal dah putus asa.
 
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak.
 
Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta itu, jagalah elok-elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku.
 
Walau apa berlaku sekali pun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga kita.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi kita dah dapat, kenapa nak sia-siakan..?
 
Jaga hubungan elok-elok.
Hargai apa yang kita ada sekarang.
 
Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah.
Takdir memanglah takdir, tapi usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba.
 
Allah tidak kejam.
Dia Maha Menyayangi.
Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua.
InsyaAllah..

Sebab itulah kita jangan mudah berputus asa dalam percintaan. Kekecewaan dan kesedihan adalah lumrah dalam kehidupan.
 
Jangan sesekali menyeksa diri sendiri kerana
 
gagal dalam percintaan. Jadilah seorang manusia yang ada pegangan.
 
Ingat,
 
JODOH ITU RAHSIA ALLAH, kita sebagai manusia hanya perlu berusaha.

Catat Ulasan

0 Ulasan