Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita itu mulia, mengapa perlu direndahkan martabatnya hanya kerana dia lambat berkahwin.


“Kenapalah lambat sangat kahwin. Mesti cerewet nak pilih pasangan.”

“Tak takut ke nanti susah nak dapat anak? Maklumlah, lagi lambat kahwin, kesuburan pun ma­kin kurang.”

Itulah antara ayat dan soalan yang sering ditanya kepada individu yang masih belum mendirikan rumah tangga meskipun usia mereka sudah mencecah 30-an.

Bahkan, mereka juga sering dilabel dengan pelbagai gelaran yang boleh mengundang kepada kemurungan seperti bujang terlajak dan anak dara tua.

 Menurut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) dijalankan mereka pada 2014

Tiga sebab utama wanita memilih untuk lewat berkahwin.

Tiada calon sesuai menjadi faktor tertinggi, iaitu satu pertiga atau 35.7 peratus, diikuti masalah kewangan ( 26 peratus) dan ingin menumpukan kepada kemajuan kerjaya ( 18.1 peratus).

Itu berdasarkan kajian tetapi ianya tetap menjadi rahsia ALLAH yang telah disusun atur sebaik mungkin perancangan hidup kita. 

Dalam dunia ini, perempuan adalah salah satu ciptaan tuhan dengan penuh keindahan dan kehangatan yang tak ternilai. Mereka pantas untuk dihargai dan dicintai. 

 

Perempuan adalah hadiah yang indah dalam kehidupan. Mereka berperanan sebagai pilar kekuatan, penasihat, dan penyemangat yang tidak ternilai dalam setiap hubungan. Oleh itu, kita perlu menghargai dan memuliakan mereka dengan sepenuh hati. Dalam dunia yang indah ini, mari kita saling memberi menghargai dan cinta kepada perempuan, menciptakan hubungan yang harmonis serta romantis dalam kesucian cinta yang hakiki.

Acik tertarik dengan nasihat Ustazah Asmak Husin

Wanita itu mulia, mengapa perlu direndahkan martabatnya hanya kerana dia lambat berkahwin.
“Umur sudah 30 tahun,tapi belum kahwin. Tengok orang lain dah anak 3”
 
Saya sedih membayangkan apa perasaan wanita yang sering direndahkan kerana lambat berkahwin. 
 
Soal jodoh ini bukan kuasa mereka.Jika bertanya kepada mana-mana wanita sekalipun pasti semua ingin berkahwin dan punya keluarga.Namun perlu kita fahami, perjalanan jodoh setiap orang tidak sama.Ada orang jodoh dia datang awal, ada orang ditunda sebentar jodohnya. Namun dalam Islam kemuliaan wanita itu bukan dikira melalui status diri. Kemuliaan seorang wanita itu dikira melalui sejauh mana ketaatan dia kepada perintah agama. Semua wanita berhak bahagia tidak kira apa status dirinya.Oleh itu setiap wanita mesti mencari perkara yang membahagiakan diri. 
 
Jangan biarkan diri hanyut dalam kesedihan kerana kata-kata orang di sekeliling.

Catat Ulasan

0 Ulasan